Kehidupan dan kerjaya Siti Norsaida binti Tarudin

Saida dilahirkan pada 13 Disember 1976 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang sebagai anak ketiga daripada tujuh adik-beradik kepada pasangan Tarudin Ismail (1942–2009), seorang pegawai polis berpangkat Koperal dan Siti Salmah Bachik (lahir 1948), seorang surirumah dan peniaga. Adiknya, Datuk Siti Nurhaliza merupakan penyanyi popular era 1990an dan berjaya sehingga kini, adik-beradiknya, Saiful Bahri, dan Siti Nursairah juga bergiat aktif dalam bidang muzik, adik-beradiknya yang lain termasuk Saiful Suhairil (meninggal dunia), Saifullizan, Mohd Hafiz dan Mohd Ali.

Beliau memulakan kerjayanya di Siti Nurhaliza Productions sewaktu penubuhannya pada 1998, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengurus Akaun.[1]

Beliau bersama adiknya, Siti Sairah muncul dengan album Apresiasi pada Mac 2010 yang mana beliau merakamkan dua lagu - "Sedalamnya Cinta" dan "Dicuri Malam".[2]

Pada tahun 2016, beliau muncul dengan single "Setia" bersama pelakon Maya Matahari hasil nukilan Adi Priyo Sambodo (vokalis kumpulan 6ixth Sense).[1]

Persembahan Akademi Fantasia

Saida telah terpilih menjadi peserta dalam Akademi Fantasia musim keenam namun tersingkir pada Konsert kelima. Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya:[3]

Rujukan

WikiPedia: Siti Norsaida binti Tarudin http://www.budiey.com/kejutan-af6-saida-kakak-siti... http://www.budiey.com/lagu-segalanya-cinta-single-... http://www.imdb.com/Name?Siti+Norsaida+binti+Tarud... http://malaysiandigest.com/hiburan/635547-saida-ta... http://www.mohdrohaizad.com/2011/09/siti-saida-moh... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kakak-datuk-... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... https://www.facebook.com/SitiNorSaidaTarudin https://www.bharian.com.my/node/188968